April 22, 2009

serangan adrenaline

hye blogger sekalian,

well,post kali ini ada kaitannya dgn adrenaline.apa itu adrenaline?haa iaitu hormone yg merangsang perasaan takut and cuak n bla bla bla.yg sewaktu dgn nya.
seorang doktor yg tidak berapa betul (walaupun tidak dinafikan yg beliau seorang yg pintar dan bijak,mempunyai master dan mungkin phD dlm bidang kedoktoran.ttp ada sebahagian dlm dirinya yg agak masuk air.ni betul tau.beliau suka mengarang cerita yg tidak benar tentang kehebatan beliau, dapat projek berjuta juta ringgi.kami, yakni saya dan emak saya mmg percaya mati matian.dah kami sgt berasa WOW dgn kehebatannya.muka mmg tidak perlu dinyatakan lg.mmg boleh percaya habis.) telah mengatakan bahawa saya berkemungkinan menghidapi demam denggi.andaian beliau ini telah menyebabkan beliau meyuruh saya merujuk ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut.

hatta,sebermulanya cerita pada sore harinya pada tanggal 22april 2009 masihi.

seperti yg telah saya nyatakan di post yg lalu,tubuh badan saya telah di penuhi dgn bintik2 kecik berwarna merah.tapi bukan la SELURUH badan.hanya di beberapa tempat shaja yg menunjukkan keseriousannya.
jadi petang ini,kami telah bergerak menuju ke klinik di mana saya mula2 mendapatkan ubuat ubatan tersebut.dah berjumpa dgn doktor yg sama, iaitu Dr. *********.tidak mahu mengaibkan mana2 pihak.
saya pun memberitahu(sebenarnay bukan saya yg bgtau tp emak saya) beliau yg saya allergic ubat antibiotic ni.beliau pun memeriksa bintik2 merah yg tidak diundang itu.dan bertanya jika saya menghadapi simptom2 ini(bengkak pada mata, mulut).saya pun cakap la tak ada.
kemudian kerana tidak puas hati dgn jawapan yg syaa berikan,beliau pun tengok bintik2 pada perut saya.tekan-takan.
selepas itu, beliau memberitahu bahawa ini simptom2 denggi.(bintik merah,bila kte tekan,kulit tu jd putih dan warna merah itu akan kembali lagi lepas itu.faham tak mcm mana?suka hati korang la faham ke tak).perasaan masa tu sangat terkejut dan hormone adrenaline bersedia memulakan tugas.emak saya pun terkejut dibuatnya.mama pun mcm tak percaya kerana saya tidak menghadapi simptom2 lain seperti, demam mengejut dgn suhu yg tinggi,demam tak kebah, lenguh otot, muntah darah)
oleh itu,doktor yg di rahsiakan identitinya itu telah membuat blood test untk mengetahui kadar platelet.dan keputusan menunjukkan bilangan platelet dalam darah saya normal.itu indicator yg sgt boleh di ambil pakai.white blood cell jugak normal.tapi doktor itu tetap mengatakan rashes ini berkemungkinan denggi.dan telah menulis surat ke hospital yg bakal saya rujuk.
kemudian kami pun keluar dari klinik berkenaan.
kena charge 15rm pasal surat ni.heh.

setelah itu,saya pun dah sgt takut.begitu jugak ibu saya.muka mama mcm dah lain.sebab risau and terkejut and tak percaya.
disebabkan rasa tak puas hati dan musykil dgn doktor itu mama telah mengajak saya untuk pergi ke klinik ibu saudara saya,klinik Dr. Norliza (haa ada sape2 tau?) di taman melawati untuk mengesahkan nya lagi.
pergi di sana, Wangah(yakni Dr. Norliza) telah memeriksa bintik2 tersebut dah mengatakan ini bukan la denggi yg seperti mana telah di gembar gembur kan oleh doktor di klinik **** ********.kami pun mengatakan bahwa doktor di klinik sana cakap saya ada denggi.kemudian Wangah pun cakap la ''oh Dr ni ke.eh sejak bila pulak dia ni dapat Datin?(tertera pada surat yg beliau tulis)laki dia ni tak keje.ish bohong dia ni.dulu dia ada bukak klinik.tp kena tutup.sebab along dok cari dia.''.kami pun terkejut mendengarnya kerana doktor tu cakap beliau tak nak bukak klinik sendiri.susah, kena ada pembantu nak uruskan panel,ubat semua.tetapi rupa2 kliniknya dah tutup gara2 along.AGAGAGA.Wangah pun mengambil suhu badan saya dah saya di isytiharkan tidak demam dengan bacaan 36.5 darjah C.tp perkara yg berlainan telah diputuskan oleh doktor yg masuk air itu.beliau mengtakan saya masih demam tetapi suhunya tidak berapa tinggi, 38darjah C. saya tidak pasti pihak mana yg sedang menegakkan benang yang basah.tapi alat yg diguna kan oleh kedua dua doktor ini sangat berbeza dari segi kecanggihannya.
Wangah telah menggunak alat yg-saya-tidak-tahu-apa-namanya.ia berbentuk bulat dgn bacaan suhu secara digital.tp lain halnya di pihak sebelah sana.beliau hanya mengguna kertas suhu yg ditempelkan pada dahi.haha.

kemudian, Wangah telah memberikan suntikan ubat allergic kepada saya untuk mengurangkan bintik2 merah itu.menurutnya ubat yg di beri secara injection lebih cepat reaksinya berbanading makan ubat.dah hasilnya sekrang, bintik2 merah yg timbul di atas permukaan kulit ini sudah semakin surut.dan hampir semua bintik2 pada tangan saya hilang.di badan juga sudah kurang.ALHAMDULILLAH.
jadi sudah terbukti bahawa saya tidak menghidapi demam denggi seperti yg di war-warkan oleh doktor berkenaan.mungkin beliau terlalu ego(tp ni doktor perempuan tau) untuk mengakui kesalahannya.tp adakan saya alah ubat yg beliau berikan itu salah beliau?saya rasa tidak. kerana saya juga tidak tahu yg saya alah terhadap ubat itu yg di beri nama Ceporax.jadi selepas ini boleh la lebih berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubatan supaya tak jadi lg kes mcm ni.

p/s: haa esok boleh la keluar the the gfs.tak ganngu schduleku.

2 comments:

  1. wakaka. begitu riang dan kelakar warkahmu.

    ReplyDelete
  2. riang, riang jugak.tp mmg takut gile la masa die cakap kena denggi tu.

    ReplyDelete