December 7, 2009

saya tak kisah

post ilmiah setelah banyak merepek benda2 yg xberfaedah.renungan kepada medical students/pre medic.


Malam kian pekat. Saya meneruskan langkah yang semakin longlai. Perut juga menyanyi kelaparan, berperang dengan mata yang minta ditutup (nak makan vs nak tidur). Otak memang letih, setelah berjam-jam diperah dan stress memikirkan rawatan dan tindakan pantas yang sesuai untuk pesakit yang datang bertubi-tubi ke pintu Accident & Emergency. Emosi? Susah kot nak senyum selepas habis oncall. Itu mungkin satu jihad. Oncall di bahagian Accident & Emergency sungguh memenatkan, kerana kita perlu sentiasa bersedia. Anything can walk in that door, walaupun mungkin keadaannya tidaklah se-dramatik seperti yang digambarkan dalam drama bersiri ER (Emergency Room).

Apabila kepenatan, bisa saja hilang motivasi dan lemah semangat. Hati tidaklah terlalu senang gembira melayan kerenah jururawat, selain dari ragam pesakit yang pelbagai. Tidak sedikit bilangan doktor yang sekali-sekala menyesali dan TERsebut ‘kenapalah dulu aku amik medic..’. Blaja susah, keje pun susah. Di celah-celah kesibukan dan stress doktor bekerja, atau bagi medical students yang sedang bergelumang dan hampir lemas dalam timbunan kitab-kitab medic, untuk mencari semula semangat yang hilang tidak mudah.

Namun, saya merasakan untuk merenung diri, mengingatkan, meluruskan dan memperbetulkan semula nawaitu dalam setiap amal adalah sangat penting.“Setiap amal itu bergantung kepada niat.” (Hadith riwayat Bukhari&Muslim)Kerana di situlah letaknya nilaian Allah, keredhaan Allah. Kalau kita cuma siapkan semua perkara itu seperti robot dan mesin, alangkah rugi. Dengan nawaitu yang benar, hendaknya kita akan lebih mengerti kenapa kita di sini, dan menaikkan kembali motivasi kita untuk meredah jalan yang masih panjang.

Ingatkah kita kepada malam-malam yang hening, ketika kita bersujud panjang dan airmata kita membasahi sejadah…
Kita sangat berdoa Allah mengurniakan kita result SPM yang cemerlang, agar kita boleh meneruskan cita-cita.
Kemudian kita menyambung berharap tanpa putus kepada Allah, penuh terharu, supaya Allah izinkan kita untuk dapat pergi oversea, untuk dapat biasiswa, untuk dapat fly, dan nak sangat dapat masuk Medical School, nak sangat-sangat… dan kita solat hajat penuh syahdu memohon setiap hari.
Pada satu ketika yang lain pula, kita menangis dalam doa-doa kita, kita panjatkan tawakal kepada Allah setinggi angkasa, penuh cemas dan takut, agar Allah meluluskan kita dalam peperiksaan tahun akhir pengajian perubatan kita, agar akhirnya dapat bergelar Dr!


Maha Suci Allah yang telah mengabulkan kesemuanya! Janganlah kita lupa saat-saat itu, dan bersyukurlah sepanjang masa kepadaNya. Kita belajar/kerja ini untuk Allah. Lillahi Taala. Kita buat semua ini untuk Islam. Maka kita mestilah bersemangat selalu, motivated selalu, energetic selalu, dedicated selalu, dalam melaksanakan amanah Allah yang kini tersandang di bahu kita. Kerja itu ibadah. Study itu ibadah. Dan kita mahu menjadi hamba Allah yang senantiasa dalam ibadah, mahu menjadi ‘Ibadurrahman. Kan?
.
Sungguh seruan keimanan terbuka seluas-luasnya dalam kerjaya ini. Bukankah nilai sihat hanya dapat difahami oleh orang yang sakit? Maka belajarlah dari mereka yang sakit, mudah-mudahan itu akan membuka pintu hati kita untuk merendah diri bermuhasabah atas nikmat-nikmat Allah, supaya hati yang angkuh ini tunduk kepada Tuhannya dalam syukur.

Doktor tidak bekerja dengan mesin seperti engineer, bukan juga dengan dokumen-dokumen seperti setiausaha atau bekerja dengan duit seperti akauntan. Tetapi doktor bekerja dengan manusia, perhatiannya kepada manusia, ilmunya tentang manusia, menghadapi sakit peningnya, keluhannya, keluarganya,hidup matinya. Ia fardhu kifayah, dan harusnya semua itu meninggalkan kesan kepada jiwa, membawa kita lebih hampir kepada Allah. Seandainya tidak, seandainya hati ini sudah mengeras seperti batu, seandainya kita sudah menjadi lali, sudah terlalu biasa tengok orang sakit dan orang mati hingga sukar mendetikkan keinsafan, maka doalah supaya hati itu digantikan saja dengan hati yang lain!


part of the post i copied from zyrith.it inspired me and teached me not to regret for what i have chose and what has happened.

dan sebagai persediaan mental untuk menghadapi doomsday mggu depan.terima saje walau buruk mcm mana pun results nti.masih ade ruang untuk melakukan perubahan.

saya percaya dgn kata2 ni ''sesungguhnye yang kemudian itu lebih baik dari yang permulaannya''
saya percaya ramai org yg luar sana yang selalu jadi mcm ni.masa trial SPM,exam mid sem results xbagus tp masa SPM straight A.ramai kan yg mcm ni?jadi saya percaya dgn ayat ni.mmg xdapat dinafikan kesahihan nya kerana ayat ni terdapat dalam al Quran.

mungkin sekarang results kte xbagus, tp mungkin masa AS nti kte dapat jadi hero.INSYAALLAH.saya selalu aplikasikan benda ni.saya xkisah kalau org anggap saya underdog.saya xkisah kalau saya xkan tergolong dalam kumpulan yang selalu dapat highest dalam kelas, kerana mmg hakikatnya saya bukan dalam kumpulan tu.saya xkisah kalau pandangan orang terhadap saya berubah secara mendadak.saya xkisah kalau orang xpenah tanya soalan kat saya.saya xkisah kalau org bijak xnak study dgn saya sekali.saya xkisah kalau saya kena belajar daripada org bijak dan sampai ke tahap mereka cakap 'ish apesal bengap sgt kau ni'.walaupun miss Biology penah cakap dia xsuka orang jadi hero.hero bermaksud masa quiz,test,exams kasi jawapan sampah,results mcm sampah tp bila AS dapat A.miss xsuka.sebab miss cakap 'kalau nak jadi doktor kena consistent.xboleh la masa AS je nak score.doktor xmcm tu'

mesti belajar dari bawah.perlahan2 and jangan give up.competition kwn2 mmg sengit.kadang2 boleh menensionkan.bukan kadang2, mmg selalu.lagi masa nak exams.bangun tidur study, lepas lunch study lagi, malam stay up.hidup dengan buku mmg tenang tp boleh membunuh secara perlahan lahan.

tp dlm hati kecil saya, saya masih kisah.

6 comments:

  1. yup!!aku faham sangat keadaan kau tu.aku pun selalu diketepikan kalau dalam perbincangan atau sewaktu dengannya.kalau bagi pandangan pun selalu dipandang enteng je.diorang ingat aku main-main.padahal aku dah habis serius dah.salah aku jugak,selalu main-main.

    bagi aku,aku percaya pada keikhlasan dan keberkatan.contohnya,dalam menuntut ilmu ni kau kena ikhlas belajar kerana Allah,kerana kau ingin tahu sesuatu.bukan kerana exam.
    keberkatan pulak merujuk hubungan dengan Allah dan makhluknya.kena lah selalu berbuat baik,jaga hati dengan orang sekeliling walaupun kau menyampah dengan seseorang.

    kau janganlah risau sangat dengan exam tu.hidup ni bukan sekadar atas kertas exam.orang tak pergi universiti pun boleh berjaya.tapi jangan pula diabaikan peluang yang ada.

    aku ni dah merepek jugak ni.kau anggap ajalah sebagai nasihat daripada manusia kepada manusia.aku pun bukan sempurna.kau tengok pun dah tahu.tahu hanya sekadar membantu.tanggungjawab kepada rakan-rakan

    ReplyDelete
  2. huh pnjg post ko.

    saya pun mcm dlm post ni.
    tak pernah walau sedetik jadi highest tp seringkali dimalukan dgn title the lowest.
    sumtimes rase hidup x adil.
    tp that's what people called life kn.
    at least kita sempat jd hero...
    bkn semua org ade pengalaman tu kan???

    ReplyDelete
  3. adib-wahh boleh tahan nasihat kau.dush.mmg tepat kena muka aku yg kau cakap jaga perhubungan manusia dengan manusia.aku selalu cakap lepas.tp ade yg sensitive part aku xla cakap.tau gak batas hati yg mudah terluka dengan kata2 hinaan.tp sume yg aku cakap tu gurauan je.xtau la kalau2 ada hati yang ambik nya secara serious dan simpan dalam hati.

    belle-copy paste je yang part cerita tu.insyaAllah belle kau boleh.usaha ade.aku pulak yg rasa tergugat dengan kerajinan kau.insyaAllah sempat jadi hero.and aku sgt ternanti nanti saat jadi hero tu.mesti seronok gile and aku dah rasa perasaan tu masa SPM dan ianya sangat seronok sampai aku xboleh nak control diri sendiri.haha.

    ReplyDelete
  4. haha...aku pun selalu gak.tapi kena lah pandai ambil hati balik.minta maaf ke apa.mesti ok punya.

    ReplyDelete