April 11, 2010

get back to your place

hari ni ialah hari Ahad, juga merangkap sebagai hari minggu.ku lihat ke luar jendela, ah hari sangat terik.hari sangat panas.walau duduk di bawah kipas dengan kelajuan 5, masih terasa peluh yang baru mengering.on air-cond?rasanya itu la yang terbaik.oh ye, sekarang ni saya berada di rumah.aku sedar aku tak sepatut nya berada di sini, di rumahku.berlagha lagha sedangkan peperiksaan Pre-AS masih berjalan walaupun hampir sampai ke penghujungnya tidak lama lagi.kalbuku terasa berbelah bahagi sama ada untuk memilih untuk pulang ke rumah atau meghabiskan sisa minggu di kolej ku.tetapi penangan homey lebih besar.tentang exams?tak nak comment apa2 kerana Chemistry sangat mengecewakan.physics, tolong la berbaik baik dengan kami hari Rabu nanti.

aduh.perancangan untuk keluar hari ni terpaksa di batalkan atas beberapa sebab.kenapa la hari ni juga nak datang rumah?kitaorg ada plan la!urghhh.sudah la hari yang sangat panas, tiada mood untuk study, bosan, ramai pula tetamu yang datang ke rumah.oh sangat tak suka.apa yang aku patut buat?kalau la ada keberanian dan keyakinan yang tinggi untuk drive, akan daku keluar sekarang juga.hati ini bagai meronta ronta mahukan sedikit kebebasan untuk melihat dunia luar yang penuh dengan magis yang mampu menceriakan hati yang suram.

sedar tak sedar sudah hampir 10bulan aku menetap di KTT dan tinggal lagi 1 tahun 2 bulan sebelum semua penderitaan ini akan berakhir.betapa ia menguji kekuatan kerajinan dan kesabaran kami.oh harap2 kita semua tetap ampuh dan kebal hingga ke hari pengakhiran A-Level.
kadang-kadang menulis menggunakan bahasa melayu baku apa salah nya.boleh menguji tahap kosa kata dan dapat menajamkan kemahiran.

No comments:

Post a Comment